Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعونَ خُلُقًا يُدخِلُ اللَّهُ بِها الجنَّةَ، أرفعُها منيحة الشاة.
Teks Bahasa Melayu
Empat puluh akhlak yang Allah akan masukkan dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah pemberian manfaat kambing (kepada orang ramai untuk tempoh tertentu).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis no. 3641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أربعون خلقا يدخل الله بها الجنة، أرفعها منيحة الشاة. [طس، ((الضعيفة)) (7006)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: 40 akhlak yang Allah akan masukkan dengannya ke dalam syurga, yang paling tinggi adalah pemberian manfaat kambing (kepada orang ramai untuk tempoh tertentu). [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7006].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman