Empat puluh akhlak yang Allah akan masukkan (seseorang) dengan sebabnya ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربعون خلقا يدخل الله بها الجنة أرفعها منحة شاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat puluh akhlak yang Allah akan masukkan (seseorang) dengan sebabnya ke dalam syurga, yang paling tinggi ialah pemberian seekor biri-biri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 433, hadis nombor 2330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أربعون خلقا يدخل الله بها الجنة أرفعها منحة شاة». [طس، «الضعيفة» (7006)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Empat puluh akhlak yang Allah akan masukkan (seseorang) dengan sebabnya ke dalam syurga, yang paling tinggi ialah pemberian seekor biri-biri. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7006].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.