Empat perkataan al-Quran menjadi pilihan Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إن الله اختار لكم من الكلام أربعا ليس القرآن، وهن من القرآن: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah memilih untuk kamu, empat perkataan yang bukan al-Qur’an tapi ia berasal daripada al-Qur’an, iaitu: Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis nombor 7269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله اختار لكم من الكلام أربعا ليس القرآن، وهن من القرآن: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
[طب، البزار، ((الضعيفة)) (2462)]

(Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah memilih untuk kamu, empat perkataan yang bukan al-Qur’an tapi ia berasal daripada al-Qur’an, iaitu: Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2462]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs