Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ اختار لكم من الكلامِ أَرْبَعًا ليس القرآنَ، وهُنَّ من القرآنِ: سبحانَ اللهِ، والحمدُ للهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah memilih untuk kamu, empat perkataan yang bukan al-Qur'an tapi ia berasal daripada al-Qur'an, iaitu: Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431, hadis no. 7269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله اختار لكم من الكلام أربعا ليس القرآن، وهن من القرآن: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر. [طب، البزار، ((الضعيفة)) (2462)]
(Lemah) Daripada Abi al-Darda' RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah memilih untuk kamu, empat perkataan yang bukan al-Qur'an tapi ia berasal daripada al-Qur'an, iaitu: Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2462]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman