Empat perkara yang tidak kenyang daripada empat perkara yang lain

TEKS BAHASA ARAB

أربع لا يشبعن من أربع أرض من مطر وأنثى من ذكر وعين من نظر وعالم من علم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang tidak kenyang daripada empat perkara yang lain. Bumi yang tidak puas dengan hujan, wanita yang tidak puas dengan lelaki, mata yang tidak puas melihat dan seorang alim yang tidak puas menuntut ilmu.

STATUS

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَرْبَعٌ لَا يَشْبَعْنَ مِنْ أَرْبَعٍ أَرْضٌ مِنْ مَطَرٍ وَأُنْثَى مِنْ ذَكَرٍ وَعَيْنٌ مِنْ نَظَرٍ وَعَالِمٌ من علم» فِي طرقه مُتَّهم بِالْوَضْعِ ومكذب، وَقد ذكره ابْن الْجَوْزِيّ من هَذِه الطّرق فِي الموضوعات.

“Empat perkara yang tidak kenyang daripada empat perkara yang lain. Bumi yang tidak puas dengan hujan, wanita yang tidak puas dengan lelaki, mata yang tidak puas melihat dan seorang alim yang tidak puas menuntut ilmu.”
Dalam sanad periwayatan hadis ini, terdapat perawi yang dituduh menipu dan ada juga perawi yang berdusta. Ibn Al-Jawzi menyebut hadis dalam kitab beliau Al-Maudu’at melalui jalan periwayatan ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs