Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْبَعٌ لَا يَشْبَعْنَ مِنْ أَرْبَعٍ: أَرْضٌ مِنْ مَطَر،ٍ وَأُنْثَى مِنْ ذَكَر،ٍ وَعَيْنُ مِنْ نَظَرٍ، وَعَالِمٌ مِنْ عِلْمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara yang tidak akan pernah puas/kenyang daripada empat perkara; bumi daripada hujan, perempuan daripada lelaki, mata daripada melihat, orang alim daripada ilmu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 55, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره ابن الجوزي في الموضوعات.
Disebutkan oleh Ibn al-Jawzi dalam (kitab) al-Mawdu’at.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman