TEKS BAHASA ARAB
حديث: أربع لا يشبعن من أربع: أرض من مطر، وأنثى من ذكر، وعين من نظر، وعالم من علم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Empat perkara yang tidak akan mencukupkan empat perkara yang lain: bumi dengan hujan, wanita dengan lelaki, mata dengan penglihatan dan seorang alim dengan ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أبو نعيم والعقيلي، عن أبي هريرة مرفوعا. قيل: هو موضوع.
Abu Nuaim dan al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), dikatakan hadith ini palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.