Empat perkara yang tidak akan ditimpa musibah

TEKS BAHASA ARAB

أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت وهو أول العبادة والتواضع وقلة الشيء وذكر الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang tidak akan ditimpa musibah melainkan (jika ia dilakukan) dengan ujub: Diam, dan ia paling utama ketika beribadah; tawaduk, bersederhana dalam melakukan sesuatu, dan sentiasa mengingati Allah Azzawajalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis nombor 71. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – موقوفا: ((أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت وهو أول العبادة والتواضع وقلة الشيء وذكر الله عز وجل)).
[تمام، ((الضعيفة)) (1958)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara mawquf (sanadnya terhenti setakat sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi): Empat perkara yang tidak akan ditimpa musibah melainkan (jika ia dilakukan) dengan ujub: Diam, dan ia paling utama ketika beribadah; tawaduk, bersederhana dalam melakukan sesuatu, dan sentiasa mengingati Allah Azzawajalla.
[Riwayat Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1958]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs