Empat perkara yang tidak akan ditimpa keburukan melainkan dengan sifat ‘ujub

TEKS BAHASA ARAB

أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت – وهو أول العبادة -، والتواضع، وذكر الله، وقلة الشيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang tidak akan ditimpa keburukan melainkan dengan sifat ‘ujub: Berdiam diri – ia merupakan ibadah paling utama -, tawadhuk (merendah diri), berzikir kepada Allah serta kurang dalam sesuatu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت – وهو أول العبادة -، والتواضع، وذكر الله، وقلة الشيء.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، طب، عد، أبو طاهر الزبادي في ((ثلاثة مجالس))، ك، تمام، ((الضعيفة)) (781)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Empat perkara yang tidak akan ditimpa keburukan melainkan dengan sifat ‘ujub: Berdiam diri – ia merupakan ibadah paling utama -, tawadhuk (merendah diri), berzikir kepada Allah serta kurang dalam sesuatu.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Tahir al-Ziyadi dalam Tsalasat Majalis, al-Hakim dalam Mustadrak dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 781]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs