Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ لا يُصَبْنَ إلَّا بعَجَبٍ: الصمتُ - وهو أولُ العبادَةِ -، والتواضعُ، وذِكْرُ اللهِ، وقِلَّةُ الشيءِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara yang tidak akan ditimpa keburukan melainkan dengan sifat ‘ujub: Berdiam diri - ia merupakan ibadah paling utama -, tawadhuk (merendah diri), berzikir kepada Allah serta kurang dalam sesuatu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis no. 867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas bin Malik - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Empat perkara yang tidak akan ditimpa keburukan melainkan dengan sifat ‘ujub: Berdiam diri - ia merupakan ibadah paling utama -, tawadhuk (merendah diri), berzikir kepada Allah serta kurang dalam sesuatu.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Tahir al-Ziyadi dalam Tsalasat Majalis, al-Hakim dalam Mustadrak dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 781]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman