Empat perkara yang tidak akan diperoleh kecuali dengan keajaiban

TEKS BAHASA ARAB

أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت وهو ‌أول ‌العبادة والتواضع وقلة الشيء وذكر الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang tidak akan diperoleh kecuali dengan keajaiban: (iaitu) Berdiam diri dan ia merupakan permulaan ibadah, merendah diri, kurang dalam segala sesuatu (yang tidak perlu), serta mengingati Allah Azza wa Jalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis nombor 3087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أربع لا يصبن إلا بعجب: الصمت وهو ‌أول ‌العبادة والتواضع وقلة الشيء وذكر الله عز وجل)). [تمام، السلمي في ((أدب الصحبة))، ك، طب، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (1958)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW) : ((Empat perkara yang tidak akan diperoleh kecuali dengan keajaiban: (iaitu) Berdiam diri dan ia merupakan permulaan ibadah, merendah diri, kurang dalam segala sesuatu (yang tidak perlu), serta mengingati Allah Azza wa Jalla.)) [Diriwayatkan oleh Tamam al-Razi dalam al-Fawa’id, al-Sulami dalam Adab al-Suhbah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, dan Ibn Hibban dalam al- Ḍu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1958].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs