Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Empat perkara yang tidak akan dicapai secara serentak melainkan dengan keajaiban

Teks Bahasa Arab

أرْبَعٌ لَا يُصَبْنَ إلاَّ بَعُجْبٍ: الصَّمْتُ وهُوَ أوَّلُ العِبادَةِ والتَّواضُعُ وذِكْرُ الله وقِلَّةُ الشَّيْءِ.

Teks Bahasa Melayu

Empat perkara yang tidak akan dicapai secara serentak melainkan dengan keajaiban, iaitu diam, ia ibadah yang pertama sekali, kedua tawadhu', ketiga zikir mengingati Allah dan keempat sedikit terdapat sesuatu (hartanya).

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 14, hadis no. 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Asal kata-kata ini adalah mawquf. Abu Hatim berkata dalam al-'Ilal: "Ia hanyalah diriwayatkan daripada al-Hasan". Sebahagian mereka berkata: "al-Hasan meriwayatkannya daripada Anas melalui kata-kata beliau".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.