Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Empat perkara yang telah Allah berikan jaminan kepada hamba-Nya

Teks Bahasa Arab

ضَمَّنَ الله خَلْقَهُ أربعا: الصلاةُ، والزكاةُ، وصومُ رمضانَ، والغَسْلُ من الجنابةِ، وهُنَّ السرائرُ التي قال الله تعالى: {يوم تبلى السرائر} [الطارق: 9] .

Teks Bahasa Melayu

Empat perkara yang telah Allah berikan jaminan kepada hamba-Nya iaitu Solat, zakat, berpuasa di bulan Ramadan, mandi setelah berjunub. Semua ini adalah rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: "Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktikad, niat, dan lain-lainnya)."

Sahabat Perawi

  1. Abu Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis no. 5764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي درداء رضي الله عنه مرفوعا: ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة والزكاة وصوم رمضان والغسل من الجنابة وهن السرائر التي قال الله تعالى: {يوم تبلى السرائر} [الطارق: 9] . [فر، الضعيفة (3817)]

(Palsu) Daripada Abi Darda RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Empat perkara yang telah Allah berikan jaminan kepada hamba-Nya iaitu Solat, zakat, berpuasa di bulan Ramadan, mandi setelah berjunub. Semua ini adalah rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: "Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktikad, niat, dan lain-lainnya)." [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3817].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.