TEKS BAHASA ARAB
أربعة من كن فيه؛ بنى الله له بيتا في الجنة، وكان في نور الله الأعظم، من كانت عصمته: لا إله إلا الله، وإذا أصاب حسنة، قال: الحمد لله، وإذا أصاب ذنبا، قال: أستغفر الله، وإذا أصابته مصيبة، قال: إنا لله وإنا إليه راجعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Empat perkara yang siapa ada padanya perkara ini, Allah akan bina baginya rumah di syurga dan dia akan berada di bawah cahaya Allah yang agung. Iaitu mereka yang pegangannya: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; dan apabila dia mendapat suatu kebaikan, dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah"; dan apabila dia melakukan suatu dosa, dia mengucapkan: "Aku memohon ampun kepada Allah"; dan apabila dia ditimpa musibah, dia mengucapkan: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya".
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501, hadis nombor 2678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «أربعةٌ مَنْ كُنَّ فيه؛ بنَى الله له بيتاً في الجَنّةِ، وكانَ في نورِ اللهِ الأعظمِ، مَنْ كانتْ عِصْمَتُه: لا إله إلا الله، وإذا أصاب حسنةً، قال: الحمْدُ للهِ، وإذا أصاب ذَنْباً، قال: أستغفرُ اللهِ، وإذا أصَابَتْهُ مصيبةٌ، قال: إنَا للهِ وإنا إليه راجعُون». [فر، «الضعيفة» (5117)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Empat perkara yang siapa ada padanya perkara ini, Allah akan bina baginya rumah di syurga dan dia akan berada di bawah cahaya Allah yang agung. Iaitu mereka yang pegangannya: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; dan apabila dia mendapat suatu kebaikan, dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah"; dan apabila dia melakukan suatu dosa, dia mengucapkan: "Aku memohon ampun kepada Allah"; dan apabila dia ditimpa musibah, dia mengucapkan: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5117].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.