Empat perkara yang sesiapa miliki (perkara tersebut) nescaya Allah haramkannya

TEKS BAHASA ARAB

أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang sesiapa miliki (perkara tersebut) nescaya Allah haramkannya terhadap neraka dan peliharanya daripada syaitan: Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dia sedang berkeinginan, ketika dia sedang ketakutan, ketika dia sedang mendambakan, dan ketika dia sedang kemarahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب)). [فر، ((الضعيفة)) (7004)]

(Lemah) Daripada ‘Uthman RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Empat perkara yang sesiapa miliki (perkara tersebut) nescaya Allah haramkannya terhadap neraka dan peliharanya daripada syaitan: Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dia sedang berkeinginan, ketika dia sedang ketakutan, ketika dia sedang mendambakan, dan ketika dia sedang kemarahan. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7004]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs