Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَربعٌ مِن سَعادةِ المَرءِ: زَوجةٌ صالحَةٌ، ووُلْدٌ أَبرارٌ، وَخُلَطاءُ صالِحونَ، وَمَعيشةٌ في بَلدِه.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah, anak-anak yang baik, masyarakat yang soleh dan mata pencarian yang berada di negerinya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 917, hadis no. 4701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: أربع من سعادة المرء: زوجة صالحة، وولد أبرار، وخلطاء صالحون، ومعيشة في بلده. [فر، الضعيفة (1148)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada al-Hasan bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah, anak-anak yang baik, masyarakat yang soleh dan mata pencarian yang berada di negerinya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1148].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman