Empat perkara yang menjadi kebahagiaan buat seseorang

TEKS BAHASA ARAB

أربع من سعادة المرء: أن تكون زوجته موافقة، وأولاده أبرارا، وإخوانه صالحين، وأن يكون رزقه في بلده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang menjadi kebahagiaan buat seseorang. Isterinya yang sentiasa taat, anak-anaknya yang baik, saudara-saudaranya yang soleh dan rezekinya berada di negeri tempat dia menetap.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis nombor 4683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه– مرفوعا: ((أربعة من سعادة المرء: أن تكون زوجته موافقة، وأولاده أبرارا، وإخوانه صالحين، وأن يكون رزقه في بلده)).
[النسائي في ((حديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (759)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat perkara yang menjadi kebahagiaan buat seseorang. Isterinya yang sentiasa taat, anak-anaknya yang baik, saudara-saudaranya yang soleh dan rezekinya berada di negeri tempat dia menetap.
[Riwayat al-Nasa'ie dalam hadithnya, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 759].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.