Empat perkara yang jika ada pada diri seseorang, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang jika ada pada diri seseorang, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka, serta Allah akan memeliharanya daripada syaitan: Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dia mahukan sesuatu, ketika dia takut, ketika dia mendambakan sesuatu, dan ketika dia marah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 142, hadis nombor 712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب)). [فر، ((الضعيفة)) (7004)]

(Lemah)
Daripada Uthmān RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Empat perkara yang jika ada pada diri seseorang, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka, serta Allah akan memeliharanya daripada syaitan: Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dia mahukan sesuatu, ketika dia takut, ketika dia mendambakan sesuatu, dan ketika dia marah.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7004]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.