Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Empat perkara yang jika ada empat perkara ini di dalam dirinya, maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga dan dia berada di dalam cahaya Allah yang agung

Teks Bahasa Arab

أَرْبَعَةٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتاً فِي الجَنَّةِ، وَكَانَ فِي نُورِ اللهِ الْأَعْظَمِ، مَنْ كَانَتْ عِصْمَتُهُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَإِذَا أَصَابَ حَسَنَةً قَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ، وَإِذَا أَصَابَ ذنْباً قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ، وَإِذَا أَصَابَتْهُ مُصِيبَةٌ قَالَ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

Teks Bahasa Melayu

Empat perkara sekiranya dilazimi (oleh seseorang), maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga dan dia berada di dalam cahaya Allah yang agung; (iaitu) orang yang menjadikan lafaz: “Tiada Tuhan melainkan Allah” sebagai pegangannya, dan apabila dia mendapat (ilham) untuk melakukan kebaikan, dia akan berkata: "Alhamdulillah". Manakala apabila dia melakukan dosa, maka dia akan berkata: "Aku memohon keampunan dengan Allah" dan apabila dia ditimpa musibah, maka dia akan berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali."

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((أربعة من كن فيه؛ بنى الله له بيتاً في الجنة، وكان في نور الله الأعظم، من كانت عصمته: لا إله إلا الله، وإذا أصاب حسنة قال: الحمد لله، وإذا أصاب ذنباً قال: أستغفر الله، وإذا أصابته مصيبة قال: إنا لله وإنا إليه راجعون)). [فر، ((الضعيفة)) (5117)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Empat perkara sekiranya dilazimi (oleh seseorang), maka Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga dan dia berada di dalam cahaya Allah yang agung; (iaitu) orang yang menjadikan lafaz: “Tiada Tuhan melainkan Allah” sebagai pegangannya, dan apabila dia mendapat (ilham) untuk melakukan kebaikan, dia akan berkata: "Alhamdulillah". Manakala apabila dia melakukan dosa, maka dia akan berkata: "Aku memohon keampunan dengan Allah" dan apabila dia ditimpa musibah, maka dia akan berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5117].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.