Empat perkara yang Allah telah fardukannya dalam Islam

TEKS BAHASA ARAB

أربع فرضهن الله في الإسلام، فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang Allah telah fardukannya dalam Islam. Maka sesiapa yang melakukan tiga (daripadanya) tidaklah memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis nombor 1949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زياد بن نعيم، قال: قال ﷺ: «أربع فرضهن الله في الإسلام فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت». [حم، «الضعيفة» (6735)].

(Lemah) Daripada Ziyad bin Nu’aym RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Empat perkara yang Allah telah fardukannya dalam Islam. Maka sesiapa yang melakukan tiga (daripadanya) tidaklah memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah". [Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6735].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs