Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ فرضهنَّ اللهُ في الإسلامِ، فمن جاء بثلاثٍ لم يُغنينَ عنه شيئًا حتى يأتيَ بهنَّ جميعًا: الصلاةُ والزكاةُ وصيامُ رمضانَ وحجُّ البيتِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara yang Allah telah fardukannya dalam Islam. Maka sesiapa yang melakukan tiga (daripadanya) tidaklah memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.
Sahabat Perawi
- Ziyad bin Nu’aym RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis no. 1949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زياد بن نعيم، قال: قال ﷺ: «أربع فرضهن الله في الإسلام فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت». [حم، «الضعيفة» (6735)].
(Daif) Daripada Ziyad bin Nu’aym RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Empat perkara yang Allah telah fardukannya dalam Islam. Maka sesiapa yang melakukan tiga (daripadanya) tidaklah memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah". [Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6735].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman