Empat perkara yang Allah fardukan di dalam Islam

TEKS BAHASA ARAB

أربع فرضهن الله في الإسلام، فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara yang Allah fardukan di dalam Islam. Sesiapa yang melakukan tiga daripadanya ia tidaklah mencukupi sehinggalah dia mendapatkan kesemuanya iaitu solat, zakat, puasa di bulan Ramadan dan haji di Baitullah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis nombor 3888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زياد بن نعيم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أربع فرضهن الله في الإسلام، فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت)).
[حم، ((الضعيفة)) (6735)]

(Lemah) Daripada Ziyad bin Nuaim berkata: Rasulullah SAW bersabda: Empat perkara yang Allah fardukan di dalam Islam. Sesiapa yang melakukan tiga daripadanya ia tidaklah mencukupi sehinggalah dia mendapatkan kesemuanya iaitu solat, zakat, puasa di bulan Ramadan dan haji di Baitullah.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6735]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs