Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Empat perkara yang Allah fardukan dalam Islam

Teks Bahasa Arab

أَرْبَعٌ ‌فَرَضَهُنَّ ‌اللهُ ‌فِي ‌الْإِسْلَامِ، ‌فَمَنْ ‌جَاءَ ‌بِثَلَاثٍ ‌لَمْ ‌يُغْنِينَ ‌عَنْهُ ‌شَيْئًا ‌حَتَّى ‌يَأْتِيَ ‌بِهِنَّ ‌جَمِيعًا: ‌الصَّلَاةُ ‌وَالزَّكَاةُ ‌وَصِيَامُ ‌رَمَضَانَ ‌وَحَجُّ ‌الْبَيْتِ.

Teks Bahasa Melayu

Empat perkara yang Allah fardukan dalam Islam. Sesiapa yang melakukan tiga, tidak memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan haji di Baitullah.

Sahabat Perawi

  1. Ziyād bin Nu‘aym

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis no. 2915.

(ضعيف) عن زياد بن نعيم، قال: قال ﷺ: «أربع فرضهن الله فى الإسلام، فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا: الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت». [حم، ((الضعيفة)) (6735)].

(Lemah) Daripada Ziyād bin Nu‘aym, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Empat perkara yang Allah fardukan dalam Islam. Sesiapa yang melakukan tiga, tidak memadai baginya suatu apa pun sehinggalah dia melakukan kesemuanya: solat, zakat, puasa Ramadan dan haji di Baitullah.” [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6735].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.