Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ لا تُقبلُ في أربعٍ: نفقةٌ من خيانةٍ، ولا سرقةٍ، ولا غلولٍ، ولا مالُ يتيمٍ، لا يقبلُ حجٌّ، ولا عمرةٌ، ولا جهادٌ، ولا صدقةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara tidak diterima kepada empat: Nafkah (harta yang dibelanjakan) dari (hasil) khianat, mahupun kecurian, atau harta yang dirampas (ghanimah), atau harta anak yatim, tidak diterima (perbelanjaan harta tersebut bagi tujuan) haji dan umrah, jihad dan sedekah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605 - 606, hadis no. 3138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أربع لا تقبل في أربع: نفقة من خيانة، ولا سرقة، ولا غلول، ولا مال يتيم، لا يقبل حج، ولا عمرة، ولا جهاد، ولا صدقة)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (2741)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Empat perkara tidak diterima kepada empat: Nafkah (harta yang dibelanjakan) dari (hasil) khianat, mahupun kecurian, atau harta yang dirampas (ghanimah), atau harta anak yatim, tidak diterima (perbelanjaan harta tersebut bagi tujuan) haji dan umrah, jihad dan sedekah.)) [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2741].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman