Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Empat perkara terdiri daripada kecelakaan

Teks Bahasa Arab

أربعٌ مِن الشَّقاءِ: جمودُ العينِ، وقَسوةُ القلبِ، و الأمَلُ، والحِرصُ علَى الدُّنيا.

Teks Bahasa Melayu

Empat perkara terdiri daripada kecelakaan: bekunya mata, kerasnya hati, bercita-cita dan ketamakan pada dunia.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis no. 9911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أربع من الشقاء: جمود العين، وقسوة القلب، والأمل، والحرص على الدنيا)). [عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1522)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat perkara terdiri daripada kecelakaan: bekunya mata, kerasnya hati, bercita-cita dan ketamakan pada dunia. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1522]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.