Empat perkara jika siapa memilikinya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka

TEKS BAHASA ARAB

أربع من كن فيه حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara jika siapa memilikinya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka, dan memeliharanya daripada syaitan: Siapa yang mengawal nafsunya ketika berkehendak, dan ketika takut, ketika bersyahwat, dan ketika marah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis nombor 10060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبان بن عمر بن عثمان عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعاً: أربع من كن فيه حرمه الله على النار، ‌وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب.
[فر، ((الضعيفة)) (2913)]

(Lemah)
Daripada Aban bin Umar bin Uthman daripada bapanya RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Empat perkara jika siapa memilikinya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka, dan memeliharanya daripada syaitan: Siapa yang mengawal nafsunya ketika berkehendak, dan ketika takut, ketika bersyahwat, dan ketika marah.
[Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2913]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs