Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربَعٌ مَن كُنَّ فيهِ حرَّمَهُ اللَّهُ علَى النَّارِ، وعَصمَهُ منَ الشَّيطانِ: مَن ملَكَ نفسَهُ حينَ يَرغبُ، وحينَ يَرهَبُ، وحينَ يشتَهي، وحينَ يغضَبُ.
Teks Bahasa Melayu
Empat perkara jika siapa memilikinya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka, dan memeliharanya daripada syaitan: Siapa yang mengawal nafsunya ketika berkehendak, dan ketika takut, ketika bersyahwat, dan ketika marah.
Sahabat Perawi
- Uthman bin 'Affan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis no. 10060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبان بن عمر بن عثمان عن أبيه – رضي الله عنه – مرفوعاً: أربع من كن فيه حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب. [فر، ((الضعيفة)) (2913)]
(Lemah) Daripada Aban bin Umar bin Uthman daripada bapanya RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Empat perkara jika siapa memilikinya, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka, dan memeliharanya daripada syaitan: Siapa yang mengawal nafsunya ketika berkehendak, dan ketika takut, ketika bersyahwat, dan ketika marah. [Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2913]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman