Empat perkara jika ada pada diri seseorang yang mana Allah haramkannya neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat perkara jika ada pada diri seseorang yang mana Allah haramkannya neraka dan terselamat daripada syaitan: Menjaga mulutnya dalam keadaan suka, menjaga mulutnya dalam keadaan benci, dapat menahan hawa nafsunya dan dapat menahan dirinya daripada marah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((أربع من كن فيه؛ حرمه الله على النار، وعصمه من الشيطان: من ملك نفسه حين يرغب، وحين يرهب، وحين يشتهي، وحين يغضب)). [فر، ((الضعيفة)) (7004)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthman RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Empat perkara jika ada pada diri seseorang yang mana Allah haramkannya neraka dan terselamat daripada syaitan: Menjaga mulutnya dalam keadaan suka, menjaga mulutnya dalam keadaan benci, dapat menahan hawa nafsunya dan dapat menahan dirinya daripada marah.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7004]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.