Batil

30/06/2024

minit bacaan



Empat penunggang pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

ليس في القيامةِ راكبٌ غيرُنا، ونحنُ أربعةٌ، أما أنا؛ فعلى دابَّةِ البراقِ، وأما أخي صالحٌ فعلى ناقةِ اللهِ التي عُقِرَتْ، وعمِّي حمزةُ أسدُ اللهِ وأسدُ رسولِه، على ناقتي العضباءَ، وأخي وابنُ عمي وصهري عليِّ بنُ أبي طالبٍ على ناقةٍ من نُوقِ الجنةِ مُدَّبجةُ الظهرِ، رَحْلُها من زُمُرُّدٍ أخضرَ، مضبَّبٍ بالذهبِ الأحمرِ، رأسُها من الكافورِ الأبيضِ، وذَنَبُها من العنبرِ الأشهبِ، وقوائِمُها من المسكِ الأذفرِ، وعنقُها من لؤلؤٍ، وعليها قُبَّةٌ من نورِ اللهِ، باطنُها عفوُ اللهِ ... إلخ، فيُنادي منادٍ من لدنانِ العرشِ، أو قال: من بطنانِ العرشِ: ليس هذا ملَكًا مقرَّبًا، ولا نبيًّا مرسلًا، ولا حاملَ عرشِ ربِّ العالمين؛ هذا عليُّ ابنُ أبي طالبٍ أميرُ المؤمنين (... الحديثُ) ولو أنَّ عابدًا عَبَدَ اللهَ بين الركنِ والمقامِ ألفَ عامٍ، وألفَ عامٍ، حتى يكونَ كالشُّنِّ البالي لقيَ اللهَ مبغضًا لآلِ محمدٍ أكبَّهُ اللهُ على منخرِه في نارِ جهنمَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada penunggang selain kami pada hari kiamat. Kami berempat orang iaitu; aku menaiki binatang Buraq, manakala saudaraku Saleh pula berada di atas (menaiki) unta Allah yang telah disembelih. Bapa saudaraku, Hamzah yang merupakan singa Allah dan singa RasulNya akan menaiki untaku bernama al-'Adba'. Saudaraku yang juga sepupuku dan menantuku iaitu 'Ali bin Abi Talib menaiki salah satu unta syurga yang dihiaskan belakangnya, pelananya diperbuat daripada Zamrud hijau, disalut dengan emas merah, kepalanya diperbuat daripada kapur putih, ekornya pula diperbuat daripada minyak (ambergris) yang menyinar, kakinya pula daripada kasturi yang paling harum, lehernya daripada permata, di atasnya ada kubah yang diperbuat daripada cahaya Allah, perutnya pula adalah pengampunanan Allah…(hingga akhir). Lalu seorang penyeru menyeru daripada sisi 'Arash atau Baginda menyebutkan: daripada bawah 'Arash: Ini bukanlah malaikat yang hampir, bukan juga Nabi yang diutuskan dan bukan juga malaikat pemikul 'Arash Tuhan sekalin alam, ini adalah 'Ali bin Abi Talib, Amir al-Mukminin. Kalaulah seseorang hamba itu beribadah kepada Allah antara rukun dan maqam selama 1000 tahun, dan 1000 tahun hingga dia menjadi seorang tua yang kering, lalu dia bertemu Allah dalam keadaan membenci ahli keluarga Muhammad, Allah sungkurkan pada lubang hidungnya dalam neraka jahanam.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1381 - 1382, hadis no. 7028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل ظاهر البطلان، قاتل الله واضعه، ما أجرأه على الله!) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس في القيامة راكب غيرنا، ونحن أربعة، أما أنا؛ فعلى دابة البراق، وأما أخي صالح فعلى ناقة الله التي عقرت، وعمي حمزة أسد الله وأسد رسوله، على ناقتي العضباء، وأخي وابنُ عمي وصهري علي بن أبي طالب على ناقة من نوق الجنة مدبجة الظهر، رحلها من زمرد أخضر، مضبب بالذهب الأحمر، رأسها من الكافور الأبيض وذنبها من العنبر الأشهب، وقوائهما من المسك الأذفر، وعنقها من لؤلؤ، وعليها قبة من نور الله، باطنها عفو الله ... إلخ، فينادي مناد من لدنان العرش، أو قال: من بطنان العرش: ليس هذا ملكا مقربا، ولا نبياً مرسلا، ولا حامل عرش رب العالمين؛ هذا علي ابن أبي طالب أمير المؤمنين ( ... الحديث) ولو أن عابداً عبد الله بين الرُّكن والمقام ألف عام، وألف عام، حتى يكون كالشن البالي لقي اللهَ مبغضا لآل محمد أكبه الله على منخره في نار جهنم. [خط، ((الضعيفة)) (6130)]

(Batil yang jelas kebatilannya. Semoga Allah memerangi orang yang merekanya (memalsukannya). Betapa berani dia berdusta atas nama Allah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidak ada penunggang selain kami pada hari kiamat. Kami berempat orang iaitu; aku menaiki binatang Buraq, manakala saudaraku Saleh pula berada di atas (menaiki) unta Allah yang telah disembelih. Bapa saudaraku, Hamzah yang merupakan singa Allah dan singa RasulNya akan menaiki untaku bernama al-'Adba'. Saudaraku yang juga sepupuku dan menantuku iaitu 'Ali bin Abi Talib menaiki salah satu unta syurga yang dihiaskan belakangnya, pelananya diperbuat daripada Zamrud hijau, disalut dengan emas merah, kepalanya diperbuat daripada kapur putih, ekornya pula diperbuat daripada minyak (ambergris) yang menyinar, kakinya pula daripada kasturi yang paling harum, lehernya daripada permata, di atasnya ada kubah yang diperbuat daripada cahaya Allah, perutnya pula adalah pengampunanan Allah…(hingga akhir). Lalu seorang penyeru menyeru daripada sisi 'Arash atau Baginda menyebutkan: daripada bawah 'Arash: Ini bukanlah malaikat yang hampir, bukan juga Nabi yang diutuskan dan bukan juga malaikat pemikul 'Arash Tuhan sekalin alam, ini adalah 'Ali bin Abi Talib, Amir al-Mukminin. Kalaulah seseorang hamba itu beribadah kepada Allah antara rukun dan maqam selama 1000 tahun, dan 1000 tahun hingga dia menjadi seorang tua yang kering, lalu dia bertemu Allah dalam keadaan membenci ahli keluarga Muhammad, Allah sungkurkan pada lubang hidungnya dalam neraka jahanam. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6130]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.