TEKS BAHASA ARAB
حديث: أربعة أنا لهم شفيع يوم القيامة: المكرم لذريتي، والقاضي لهم حوائجهم، والساعي لهم في أمورهم، ما اضطروا إليه، والمحب لهم بقلبه ولسانه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Empat orang yang layak mendapat syaafat aku pada hari kiamat: Orang yang memuliakan zuriatku, yang melunaskan hajat mereka, yang berusaha melaksanakan urusan mereka apa yang mereka perlu dan yang menyayangi mereka dengan hati dan lidahnya
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 397, hadis nombor 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع، كما قال في المختصر.
Ia adalah palsu. Sepertimana yang disebutkan dalam al-Mukhtasar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.