Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعة يصبحون في غضب الله، ويسمون في سخط الله. قلت: ومن هم يا رسول الله؟! قال: المتشبهون من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال، والذي يأتي البهيمة، والذي تأتيه الرجال
Teks Bahasa Melayu
Empat orang akan berpagi-pagi dengan kemarahan Allah, dan berpetang-petang dengan kemurkaan Allah. Lalu aku berkata: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: “Lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang berzina dengan binatang, dan yang berzina dengan lelaki.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1692-1693, hadis no. 8534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Tabarani dalam al-Awsat
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman