TEKS BAHASA ARAB
أربع لا وعد فيهن: ننظر، وعسى، ويقضي الله، وما شاء الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Empat kata-kata yang tidak ada janji padanya: Kami melihat, mudah-mudahan, Allah SWT tetapkan, dan masya-Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 107, hadis nombor 551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبان بن يونس، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أربع لا وعد فيهن: ننظر، وعسى، ويقضي الله، وما شاء الله.
[الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5647)]
(Palsu)
Daripada Aban ibn Yunus RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Empat perkara yang tidak ada janji pada kata-kata: Kami melihat, mudah-mudahan, Allah SWT tetapkan, dan masya-Allah.
[Diriwayatkan oleh al-Mawardi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5647]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.