Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْبَعَ لَا وَعْدَ فِيْهِنَّ: نَنْظُرُ، وعَسَى، ويَقْضِي اللَّهُ، وما شَاءَ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Empat kata-kata yang tidak ada janji padanya: Kami melihat, mudah-mudahan, Allah SWT tetapkan, dan masya-Allah.
Sahabat Perawi
- Aban bin Yunus RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 107, hadis no. 551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبان بن يونس، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أربع لا وعد فيهن: ننظر، وعسى، ويقضي الله، وما شاء الله. [الماوردي في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (5647)]
(Palsu) Daripada Aban ibn Yunus RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Empat perkara yang tidak ada janji pada kata-kata: Kami melihat, mudah-mudahan, Allah SWT tetapkan, dan masya-Allah. [Riwayat al-Mawardi dalam al-Amthal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5647]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman