Empat golongan yang tidak dipandang oleh Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربعة لا ينظر الله إليهم: عاق، ومنان، ومدمن خمر، ومكذب بقدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang tidak dipandang oleh Allah: Penderhaka (ibu bapa), orang yang mengungkit-ungkit pemberian, penagih arak dan orang yang mendustakan takdir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis nombor 2485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أن نبي الله ﷺ قال: «أربعة لا ينظر الله إليهم: عاق، ومنان، ومدمن خمر، ومكذب بقدر». [عد، «الضعيفة» (2740)].

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Empat golongan yang tidak dipandang oleh Allah: Penderhaka (ibu bapa), orang yang mengungkit-ungkit pemberian, penagih arak dan orang yang mendustakan takdir”. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.