Empat golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

أربعة لا ينظر الله إليهم: عاق، ومنان، ومدمن خمر، ومكذب بقدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah; orang yang derhaka, orang yang sentiasa mengungkit pemberiannya, orang yang selalu minum arak dan orang yang mendustakan ketentuan qadar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis nombor 2121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أن النبي الله ﷺ قال: «أربعة لا ينظر الله إليهم: عاق، ومنان، ومدمن خمر، ومكذب بقدر». [عد، «الضعيفة» (2740)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Empat golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah; orang yang derhaka, orang yang sentiasa mengungkit pemberiannya, orang yang selalu minum arak dan orang yang mendustakan ketentuan qadar". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.