Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Empat golongan yang masuk pada waktu pagi dalam kemurkaan Allah dan masuk pada waktu petang dalam kemarahan Allah

Teks Bahasa Arab

أربعةٌ يُصْبِحون في غَضَبِ اللهِ، ويُمْسُون في سَخَطِ الله. قلتُ: ومَنْ هُمْ يا رسولَ الله؟! قال: المتشبِّهون مِنَ الِّرجال بالنساءِ، والمتشبهاتُ مِنَ النِّساءِ بالرِّجالِ، والذِي يأتي البهيمةَ، والذي تأتيهِ الرِّجالُ.

Teks Bahasa Melayu

"Empat golongan yang masuk pada waktu pagi dalam kemurkaan Allah dan masuk pada waktu petang dalam kemarahan Allah". Lalu aku bertanya: "Siapakah mereka wahai Rasulullah?!". Baginda menjawab: "Mereka adalah golongan lelaki yang menyerupai perempuan, golongan perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang mendatangi (berzina) dengan haiwan dan orang yang didatangi oleh para lelaki (homoseks)".

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501, hadis no. 2679.

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أربعةٌ يُصْبِحون في غَضَبِ اللهِ، ويُمْسُون في سَخَطِ الله. قلتُ: ومَنْ هُمْ يا رسولَ الله؟! قال: المتشبِّهون مِنَ الِّرجال بالنساءِ، والمتشبهاتُ مِنَ النِّساءِ بالرِّجالِ، والذِي يأتي البهيمةَ، والذي تأتيهِ الرِّجالُ». [تخ، عد، هب، طس، «الضعيفة» (5370)].

(Lemah) Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasululllah ﷺ bersabda: "Empat golongan yang masuk pada waktu pagi dalam kemurkaan Allah dan masuk pada waktu petang dalam kemarahan Allah". Lalu aku bertanya: "Siapakah mereka wahai Rasulullah?!". Baginda menjawab: "Mereka adalah golongan lelaki yang menyerupai perempuan, golongan perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang mendatangi (berzina) dengan haiwan dan orang yang didatangi oleh para lelaki (homoseks)". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5370].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.