Empat golongan yang mana doa mereka mustajab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربع دعوتهم مستجابة: الإمام العادل، والرجل يدعو لأخيه بظهر الغيب، ودعوة المظلوم، ورجل يدعو لوالديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang mana doa mereka mustajab: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat saudaranya tanpa pengetahuannya, doa orang yang dizalimi, serta seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat ibu bapanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis nombor 1370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أربع دعوتهم مستجابة: الإمام العادل، والرجل يدعو لأخيه بظهر الغيب، ودعوة المظلوم، ورجل يدعو لوالديه)). [ابن منده، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2738)]

(Sangat lemah)
Daripada Watsilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat golongan yang mana doa mereka mustajab: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat saudaranya tanpa pengetahuannya, doa orang yang dizalimi, serta seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat ibu bapanya.
[Riwayat Ibn Mandah, al-Diya’ dalam al-Muntaqa Min Masmu’ati beliau di Marw. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.