Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ دعوتُهمْ مستجابةٌ: الإمامُ العادلُ، والرجلُ يدعو لأخيهِ بظهرِ الغيبِ، ودعوةُ المظلومِ، ورجلٌ يدعو لوالديهِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat golongan yang mana doa mereka mustajab: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat saudaranya tanpa pengetahuannya, doa orang yang dizalimi, serta seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat ibu bapanya.
Sahabat Perawi
- Watsilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis no. 1370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أربع دعوتهم مستجابة: الإمام العادل، والرجل يدعو لأخيه بظهر الغيب، ودعوة المظلوم، ورجل يدعو لوالديه)). [ابن منده، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2738)]
(Terlalu Daif) Daripada Watsilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat golongan yang mana doa mereka mustajab: Pemimpin yang adil, seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat saudaranya tanpa pengetahuannya, doa orang yang dizalimi, serta seorang lelaki yang mendoakan kebaikan buat ibu bapanya. [Riwayat Ibn Mandah, al-Diya’ dalam al-Muntaqa Min Masmu’ati beliau di Marw. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2738]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman