Empat golongan yang ganjaran mereka diberikan dua kali

TEKS BAHASA ARAB

أربعة يؤتون أجورهم مرتين: أزواج رسول الله ﷺ. ومن أسلم من أهل الكتاب. ورجل كانت عنده أمة فأعجبته؛ فأعتقها، ثم تزوجها. وعبد مملوك أدى حق الله وحق سادته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang ganjaran mereka diberikan dua kali: isteri-isteri Rasulullah ﷺ, orang yang memeluk Islam daripada kalangan ahli kitab, seorang lelaki yang mempunyai hamba perempuan, lalu dia tertarik kepadanya, lalu dia merdekakannya kemudian mengahwininya dan seorang hamba lelaki yang dimiliki yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 562, hadis nombor 2916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أَرْبَعَةٌ ‌يُؤْتَوْنَ ‌أُجُورَهُمْ ‌مَرَّتَيْنِ: ‌أَزْوَاجُ ‌رَسُولِ ‌اللَّهِ ‌ﷺ. ‌وَمَنْ ‌أَسْلَمَ ‌مِنْ ‌أَهْلِ ‌الْكِتَابِ. ‌وَرَجُلٌ ‌كَانَتْ ‌عِنْدَهُ ‌أَمَةٌ ‌فَأَعْجَبَتْهُ؛ ‌فَأَعْتَقَهَا، ‌ثُمَّ ‌تَزَوَّجَهَا. ‌وَعَبْدٌ ‌مَمْلُوكٌ ‌أَدَّى ‌حَقَّ ‌اللَّهِ ‌وَحَقَّ ‌سَادَتِهِ». [طب، ((الضعيفة)) (7005)].

(Munkar) Daripada Abū Umamah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Empat golongan yang ganjaran mereka diberikan dua kali: isteri-isteri Rasulullah ﷺ, orang yang memeluk Islam daripada kalangan ahli kitab, seorang lelaki yang mempunyai hamba perempuan, lalu dia tertarik kepadanya, lalu dia merdekakannya kemudian mengahwininya dan seorang hamba lelaki yang dimiliki yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7005].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs