Empat golongan yang doa mereka mustajab

TEKS BAHASA ARAB

أربع دعوتهم مستجابة: الإمام العادل، والرجل يدعو لأخيه بظهر الغيب، ودعوة المظلوم، ورجل يدعو لوالديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang doa mereka mustajab iaitu imam yang adil, seseorang yang berdoa bagi saudaranya tanpa diketahuinya, doa orang yang dizalimi dan doa seseorang (anak) bagi kedua ibu bapanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis nombor 7316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه مرفوعا: أربع دعوتهم مستجابة: الإمام العادل، والرجل يدعو لأخيه بظهر الغيب، ودعوة المظلوم، ورجل يدعو لوالديه.
[ابن منده، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2738)].

(Sangat Lemah)
Daripada Wāthilah bin al-Asqa‘ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat golongan yang doa mereka mustajab iaitu imam yang adil, seseorang yang berdoa bagi saudaranya tanpa diketahuinya, doa orang yang dizalimi dan doa seseorang (anak) bagi kedua ibu bapanya.
[Riwayat Ibn Mandah dalam al-Ma‘rifah, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs