Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربعٌ دعوتُهمْ مستجابةٌ: الإمامُ العادلُ، والرجلُ يدعو لأخيهِ بظهرِ الغيبِ، ودعوةُ المظلومِ، ورجلٌ يدعو لوالديهِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat golongan yang doa mereka mustajab iaitu imam yang adil, seseorang yang berdoa bagi saudaranya tanpa diketahuinya, doa orang yang dizalimi dan doa seseorang (anak) bagi kedua ibu bapanya.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin Al-Asqa' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis no. 7316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Wāthilah bin al-Asqa‘ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat golongan yang doa mereka mustajab iaitu imam yang adil, seseorang yang berdoa bagi saudaranya tanpa diketahuinya, doa orang yang dizalimi dan doa seseorang (anak) bagi kedua ibu bapanya. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Ma‘rifah, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2738]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman