Empat golongan yang diberikan pahala dua kali ganda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أربعة يؤتون أجورهم مرتين: أزواج رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. ومن أسلم من أهل الكتاب. ورجل كانت عنده أمة فأعجبته، فأعتقها، ثم تزوجها. وعبد مملوك أدى حق الله وحق سادته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan yang diberikan pahala dua kali ganda: Isteri Rasulullah SAW, orang yang masuk Islam dari golongan Ahli Kitab, lelaki yang mempunyai hamba perempuan dan menyukainya lantas memerdekakannya kemudian mengahwininya, dan hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis nombor 4990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: ((أربعة يؤتون أجرهم مرتين: أزواج رسول الله ﷺ. ومن أسلم من أهل الكتاب. ورجل كانت عنده أمة فأعجبته، فأعتقها ثم تزوجها. وعبد مملوك أدى حق الله وحق سادته)).
[طب، ((الضعيفة)) 7005].

(Munkar)
Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Empat golongan yang diberikan pahala dua kali ganda: Isteri Rasulullah SAW, orang yang masuk Islam dari golongan Ahli Kitab, lelaki yang mempunyai hamba perempuan dan menyukainya lantas memerdekakannya kemudian mengahwininya, dan hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7005].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.