Empat golongan ahli neraka yang akan menganggu ahli neraka yang lain

TEKS BAHASA ARAB

أربعة يؤذون أهل النار، على ما بهم من الأذى. يسعون بين الحميم والجحيم، يدعون بالويل والثبور. يقول بعض أهل النار لبعض: ما بال هؤلاء قد آذونا، على ما بنا من الأذى؟ قال: فرجل مغلق عليه تابوت من جمر، ورجل يجر أمعاءه، ورجل يسيل فوه قيحا ودما، ورجل يأكل لحمه. فيقال للذي يأكل لحمه: ما بال الأبعد قد آذانا على ما بنا من الأذى؟ فيقول: إن الأبعد كان يأكل لحوم الناس بالغيبة، ويمشي بالنميمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat golongan ahli neraka yang akan menganggu ahli neraka yang lain kerana seksaan yang mereka terima. Mereka bergerak antara air yang panas menggelegak dan juga api yang marak sambil mereka menyeru-nyeru kecelakaan dan kesengsaraan. Sebahagian ahli neraka bertanya kepada sebahagian yang lain: Kenapakah mereka menganggu kita yang menambahkan lagi seksaan kita? Dia berkata: Seorang lelaki yang ditutupi oleh keranda api yang diperbuat daripada batu, seorang lelaki lagi mengheret perut-perutnya, seorang lelaki lagi mulutnya mengalirkan nanah dan darah, dan seorang lelaki lagi sedang memakan dagingnya sendiri. Lalu ditanya tentang lelaki yang sedang makan dagingnya sendiri: Kenapakah orang jahat itu menganggu kita yang menambahkan lagi seksaan kita? Dia berkata: Sesungguhnya orang jahat itu selalu memakan daging manusia lain dengan cara mengumpat dan mengadu domba.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 83, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن المبارك في ((الزهد)) (328- زوائد نعيم) ، وابن أبي الدنيا في ((الصمت)) (ج 1/ ق 21/ 2) ، وفي ((ذم الغيبة)) (ق 6/ 1) والطبراني في ((الكبير)) (ج 7/ رقم 7226) ، وأبو نعيم في ((الحلية)) (5/ 167- 168) ، وابن الأثير في ((أسد الغابة)) (2/ 399- 400) وبقيُّ بن مخلد في ((مسنده)) ، وكذا ابن شاهين – كما في ((الإصابة)) (3/399) -، من طريق إسماعيل بن عياش، حدثني ثعلبة بن مسلم الخثعمي، عن أيوب بن بشير العجلي، عن شفي بن مانع الأصبحي مرفوعاً … فذكره.
قلْتُ: وشفي بن مانع مختلف في صحبته كما قالَ الطبراني وابن الأثير. ويظهر أن أبا نعيم اعتمد صحبته، ولكن جزم البخاري، وأبو حاتم، وابن حبان بأنه تابعي، فالحديث ضعيف لإرساله. وثمة علة أخرى، وهي: أيوب بن بشير العجلي . فترجمه ابن أبي حاتم في ((الجرح والتعديل)) (1/1/242) ولم يذكر فيهِ جرحاً ولا تعديلاً، فهوَ مجهول الحال. قالَ الهيثمي (1/209) : ((رجاله موثقون)) . وهو يشير بقوله هذا إلى ضعف التوثيق في بعضهم فلعل أيوب وثقه بن حبان. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd (328 – Zawa’id Nu’aim), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 21/2) juga dalam Zam al-Ghibah (hlm.6/1), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 7/hadith : 7226), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (5/167-168), Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah (2/399-400), dan Baqi bin Makhlad dalam Musnad beliau, demikian juga Ibn Shahih – sebagaimana dalam al-Isabah (3/399) – melalui sanad Isma’il bin ‘Ayyash, katanya Tha’labah bin Muslim al-Khath’ami daripada Ayyub bin Bashir al-‘Iji daripada Shufa bin Mani’ al-Asbahi secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkannya.
Saya berkata: Shufai bin Mani’ terdapat perbezaan tentang statusnya sebagai sahabat sebagaimana disebutkan oleh al-Tabarani dan Ibn al-Athir. Zahirnya adalah Abu Nu’aim berpegang bahawa beliau berstatus sahabat. Namun, al-Bukhari, Abu Hatim dan Ibn Hibban menyebutkan dengan pasti bahawa beliau seorang tabi’ei. Oleh itu, hadith tersebut adalah dha’if kerana mursal. Terdapat kecacatan lain iaitu Ayyub bin Bashir al-‘Ijli. Ibn Abi Hatim telah membuat bigorafi Ayyub dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/1/242) tanpa menyebutkan kritikan mahupun pujian terhadap Ayyub, maka beliau seorang yang Majhul al-Hal (Tidak diketahui statusnya). Al-Haythami (1/209) berkata: “Para perawinya adalah para perawi yang dinilai thiqah”. Kata-kata beliau itu sebagai isyarat bahawa lemahnya penilaian thiqah terhadap sebahagian perawi tersebut. Berkemungkinan ianya adalah Ayyub, beliau dinilai thiqah oleh Ibn Hibban. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs