Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْبَعُ دَعَواتٍ لا تُرَدُّ: دعوةُ الحاجِّ حتى يَرْجِعَ، ودَعْوَةُ الغازِي حتى يَصْدُرَ، ودعوةُ المريضِ حتى يَبْرَأَ، ودعوةُ الأخِ لِأَخِيهِ بظَهْرِ الغيبِ، وأَسْرَعُ هؤلاءِ الدَّعَواتِ إجابةً دَعوةُ الأخِ لِأَخِيهِ بظَهْرِ الغيبِ.
Teks Bahasa Melayu
Empat doa yang tidak ditolak: Doa seorang yang mengerjakan haji sehingga dia pulang, doa orang yang pergi berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya. Dan yang paling cepat mustajab antara kesemuanya ini adalah doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis no. 152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((أربع دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب)). [فر، ((الضعيفة)) (2533)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat doa yang tidak ditolak: Doa seorang yang mengerjakan haji sehingga dia pulang, doa orang yang pergi berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya. Dan yang paling cepat mustajab antara kesemuanya ini adalah doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2533]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman