Empat doa yang tidak akan ditolak

TEKS BAHASA ARAB

أربع دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat doa yang tidak akan ditolak; Doa orang yang sedang melakukan haji sehingga dia pulang, doa orang yang berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh dan doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya. Dan doa yang paling cepat dikabulkan antara doa-doa tersebut ialah doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1439, hadis nombor 7315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: أربع دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب.
[فر، ((الضعيفة)) (2533)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat doa yang tidak akan ditolak; Doa orang yang sedang melakukan haji sehingga dia pulang, doa orang yang berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh dan doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya. Dan doa yang paling cepat dikabulkan antara doa-doa tersebut ialah doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa diketahuinya.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2533].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs