Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Empat doa yang tidak akan ditolak

Teks Bahasa Arab

أَرْبَعُ دَعَواتٍ لا تُرَدُّ : دعوةُ الحاجِّ حتى يَرْجِعَ ، ودَعْوَةُ الغازِي حتى يَصْدُرَ ، ودعوةُ المريضِ حتى يَبْرَأَ ، ودعوةُ الأخِ لِأَخِيهِ بظَهْرِ الغيبِ ، وأَسْرَعُ هؤلاءِ الدَّعَواتِ إجابةً دَعوةُ الأخِ لِأَخِيهِ بظَهْرِ الغيبِ.

Teks Bahasa Melayu

Empat doa yang tidak akan ditolak: doa orang yang sedang berhaji sehinggalah dia pulang. Doa orang yang sedang berperang sehingga dia kembali. Doa orang yang sedang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seseorang kepada saudaranya secara sembunyi. Dan yang paling cepat dikabulkan ialah doa seorang kepada saudaranya secara sembunyi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 986, hadis no. 5080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أربع ‌دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب)). [فر، ((الضعيفة)) (2533)]

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Empat doa yang tidak akan ditolak: doa orang yang sedang berhaji sehinggalah dia pulang. Doa orang yang sedang berperang sehingga dia kembali. Doa orang yang sedang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seseorang kepada saudaranya secara sembunyi. Dan yang paling cepat dikabulkan ialah doa seorang kepada saudaranya secara sembunyi.)) [Disebutkan dalam al-Firdaus oleh ad-Dailamy. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2533]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.