Empat ciri sesiapa yang mempunyainya, dia tergolong dalam kalangan muslim dan Allah akan membina sebuah rumah baginya di syurga

TEKS BAHASA ARAB

أربعة من كن فيه كان من المسلمين؛ وبنى الله له بيتا في الجنة أوسع من الدنيا وما فيها: من كان عصمة أمره لا إله إلا الله، وإذا أصاب ذنبا قال: أستغفر الله، وإذا أعطي نعمة قال: الحمد لله، وإذا أصاب مصيبة قال: إنا لله وإنا إليه راجعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat ciri sesiapa yang mempunyainya, dia tergolong dalam kalangan muslim dan Allah akan membina sebuah rumah baginya di syurga yang lebih luas daripada dunia dan segala isinya: Orang yang memelihara dirinya dengan (ucapan) "tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah", apabila dia melakukan dosa, dia mengucapkan "Aku memohon keampunan kepada Allah", apabila dia diberikan nikmat dia mengucapkan "Segala puji bagi Allah" dan apabila dia ditimpa musibah dia mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis nombor 2484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «أربعة من كن فيه كان من المسلمين؛ وبنى الله له بيتا في الجنة أوسع من الدنيا وما فيها: من كان عصمة أمره لا إله إلا الله، وإذا أصاب ذنبا، قال: أستغفر الله، وإذا أعطي نعمة، قال: الحمد الله، وإذا أصاب مصيبة، قال: إنا لله وإنا إليه راجعون». [الرافعي، «الضعيفة» (2736)].

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Empat ciri sesiapa yang mempunyainya, dia tergolong dalam kalangan muslim dan Allah akan membina sebuah rumah baginya di syurga yang lebih luas daripada dunia dan segala isinya: Orang yang memelihara dirinya dengan (ucapan) "tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah", apabila dia melakukan dosa, dia mengucapkan "Aku memohon keampunan kepada Allah", apabila dia diberikan nikmat dia mengucapkan "Segala puji bagi Allah" dan apabila dia ditimpa musibah dia mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2736].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs