Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أربع خصال من خصال آل قارون: لباس الخفاف المقلوبة، ولباس الأرجوان، وجر نعال السيوف، وكان الرجل لا ينظر إلى وجه خادمه تكبرا.
Teks Bahasa Melayu
Empat ciri-ciri yang terdiri daripada ciri-ciri keluarga Qarun adalah: Memakai kasut (khuf) yang terbalik, memakai pakaian berwarna merah, dan mengheret tempat letak pedang. Dan seorang ketua tidak melihat ke wajah pembantunya dengan sombong.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis no. 8174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أربع خصال من خصال آل قارون: لباس الخفاف المقلوبة، ولباس الأرجوان، وجر نعال السيوف، وكان الرجل لا ينظر إلى وجه خادمه تكبرا)). [فر، ((الضعيفة)) (2532)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Empat ciri-ciri yang terdiri daripada ciri-ciri keluarga Qarun adalah: Memakai kasut yang terbalik, memakai pakaian berwarna ungu, dan mengheret tempat letak pedang. Dan seorang ketua tidak melihat ke wajah pembantunya dengan sombong. [Diriwayatkan oleh al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2532]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman