Mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Empat ciri-ciri ketinggian iman

Teks Bahasa Arab

ذِرْوَةُ الإيمانِ أربعُ خِلالٍ: الصَّبْرُ للحُكْمِ، والرِّضَا بالقَدَرِ، والإخلاصُ للتَّوَكُّلِ، والاستسلامُ للرَّبِّ.

Teks Bahasa Melayu

Empat ciri-ciri ketinggian iman, iaitu: Sabar sebelum menjatuhkan sebarang hukuman, reda dengan qadar (takdir), ikhlas dalam bertawakal, dan meyerahkan segala urusan kepada Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis no. 2540.

(موقوف) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ذروة الإيمان أربع خلال: الصبر للحكم، والرضا بالقدر، والإخلاص للتوكل، والاستسلام للرب)). [نعيم بن حماد في ((زوائد الزهد))، حل، ((الضعيفة)) (3780)]

(Mawquf) Daripada Abu Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat ciri-ciri ketinggian iman, iaitu: Sabar sebelum menjatuhkan sebarang hukuman, reda dengan qadar (takdir), ikhlas dalam bertawakal, dan meyerahkan segala urusan kepada Allah. [Riwayat Na’im bin Hamad dalam Zawaid al-Zuhd, Abu Nuaym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3780]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.