Empat bukit syurga, empat sungai syurga dan empat peperangan syurga

TEKS BAHASA ARAB

أربعة أجبال من أجبال الجنة وأربعة أنهار من أنهار الجنة وأربعة ملاحم من ملاحم الجنة قيل: فما الجبال؟ قال: أحد يحبنا ونحبه جبل من جبال الجنة و ورقان جبل من جبال الجنة ، والطور جبل من جبال الجنة ولبنان من جبال الجنة. والأنهار الأربعة: النيل والفرات وسيحان وجيحان. والملاحم: بدر وأحد والخندق وحنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat bukit daripada bukit-bukit syurga dan empat sungai daripada sungai-sungai syurga, serta empat perang daripada peperangan syurga. Baginda ditanya: Apakah bukit itu? Baginda bersabda: Bukit Uhud yang kasih kepada kita dan kita kasih kepadanya, satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga Wariqan satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga al-Tur satu bukit daripada bukit-bukit syurga, serta Lubnan daripada bukit-bukit syurga. Sungai-sungai itu pula ada empat: Nil, al-Furat, Sayhan dan Jayhan. Peperangan itu pula: Badar, Uhud, Khandak dan Hunain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis nombor 5193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن عمرو بن عوف رضي الله عنه قال: : قال رسول الله ﷺ: أربعة أجبال من أجبال الجنة وأربعة أنهار من أنهار الجنة وأربعة ملاحم من ملاحم الجنة قيل: فما الجبال؟ قال: أحد يحبنا ونحبه جبل من جبال الجنة و ورقان جبل من جبال الجنة ، والطور جبل من جبال الجنة ولبنان من جبال الجنة. والأنهار الأربعة: النيل والفرات وسيحان وجيحان. والملاحم: بدر وأحد والخندق وحنين. . [طب، ابن شبة، ((الضعيفة)) (5490)].

(Palsu dengan lafaz yang sempurna begini) Daripada ‘Amr bin ‘Auf RA, beliau berkata berkata: Rasulullah SAW bersabda: Empat bukit daripada bukit-bukit syurga dan empat sungai daripada sungai-sungai syurga, serta empat perang daripada peperangan syurga. Baginda ditanya: Apakah bukit itu? Baginda bersabda: Bukit Uhud yang kasih kepada kita dan kita kasih kepadanya, satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga Wariqan satu bukit daripada bukit-bukit syurga, juga al-Tur satu bukit daripada bukit-bukit syurga, serta Lubnan daripada bukit-bukit syurga. Sungai-sungai itu pula ada empat: Nil, al-Furat, Sayhan dan Jayhan. Peperangan itu pula: Badar, Uhud, Khandak dan Hunain. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5490].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs